Kepada semua orang yang ada di Kota bharu, Kelantan, Kuala Lumpur...
Saudara/saudari sekalian,
Terdapat syarikat penjualan barangan electric seperti Induction Cooker, Vacuum, Penapis air, Owen dan SET KUARI sebagainya di Pasaraya-pasaraya. Promoter-promoter syarikat berkenaan akan menyatakan mereka adalah wakil agen untuk penjual barangan elektrik.. Tetapi ini semua bohong belaka.
Mereka merupakan syarikat GORES dan MENANG yang selalu disiar di akbar setiap hari tentang penipuan GORES dan MENANG, syarikat yang menjual barangan yang modal RM 200 dengan harga RM 2000 – RM 5000. Mereka bukan sahaja jual satu produk untuk satu pelanggan, tetapi mereka menjual 3 atau 4 produk sekali dengan harga RM 10000 ke atas.
Di manakah boleh dapati?
Biasanya terdapat di pasaraya-pasaraya besar Di Kota Bharu,Kelantan, Kuala Lumpur
Macam mana mereka boleh memujuk kita membeli dengan harga RM 10000?
Mereka akan bagi satu keeping kad untuk koyak yang bernilai RM 200 diskaun secara permulaan, adakala mereka juga akan mengemukakan KAD KOYAK dalam Kotak Cawan yang bernilai RM 1000 untuk menarik saudara dan saudari membeli produk dengan mereka secara satu pakej yang bernilai RM 8000 –RM 10000 ke atas untuk dapat Kad Ahli VIP. Sebenarnya semua barangan dalam pakej itu hanya bermodal tidak lebih RM 1000 daripada mereka. Buktinya barangan adalah jual di Jalan Chow Kit, mereka Cuma lekatkan nama syarikat mereka saja. Contoh Induction Cooker jual RM 2599 tetapi di sana Hanya RM 200 sahaja.
Produk asal dari mana?
Dari CHINA atau THAILAND. Barangan yang murah tapi jual dengan harga yang tinggi.
Ramai kena menipu?
Memang ramai. Pekerja- pekerja frico memang pandai berlakon di depan kita dengan mengucap tahniah dapat baucer diskaun RM 200, RM 1000. Sekiranya kita kata tak percaya, mereka akan buat-buat telefon kepada sesiapa, dan orang itu akan cakap “betul saudara/saudari sudah dapat baucer diskaun RM 200, RM 1000 beli barangan”.
Tujuan pesanan ini dibuat untuk mengelakkan Orang Ramai kena tipu lagi. Kerana ada orang kena tipu sebanyak RM 5000, RM 5000 itu adalah duit simpanan yang disimpan selama 5 tahun tetapi ditipu dalam masa 1 jam.
Sila sebarkan kepada IBU BAPA, saudara dan kawan kawan yang terdekat, bagi mengelakan penipuan lagi..
3 comments:
Actually,smua pandangan org tak sama.saya sbgai pengguna brgan FRICO menafikan sekerasnya kenyataan diatas berbentuk emosi shj.sy berpuas hati dgn produk dan services yg diberikn.tak prlu takut utk membeli brgan frico.kita nk beli brg ni msti kena cuba dulu baru blh judge mcm mna kualitinya.klau setakat dgr dari mulut org sampai bila pn kita tak dpt merasa nk pkai brg moden mcm tu.dan sy pun ada prgi siasat di tribunal dan bhgian2 pengesahan compny ni dan ternyata apa yg dinyatakn oleh promoter frico adalah benar trutamanya teknologi product frico adalah drp germany dan pemasangan di taiwan untk menjimatkn kos sama sprti hndpone dan kereta yg berjenama di mlaysia.so jgn terpedaya dgn kabar2 angin yg cuba menjatuhkn image frico...berkenaan dgn voucer pula hanyalah utk membantu kita sbgai customer membeli dgn hrga yg brpatutan dan tiada unsur penipuan kerana anda peroleh brg yg anda beli.sy sendiri pn tak faham apa maksud kenyataan diatas bhawa frico ni menipu???any comment????
best replica bags online EGPZ high quality designer replica BFOU replica bags china GGQU
Continued Dolabuy Goyard Read Full Article dolabuy ysl Check Out Your URL Fendi Dolabuy
Post a Comment