Tetapi apabila sampai Peronda Plus yang saya anggap berprofesional, dia terus masuk air dalam tangki air terkelu lidah saya. Saya tidak pasti sama ada mereka betul-betul tahu pasal enjin atau sengaja buat begitu. Jika mereka tidak tahu, atau dengan niat untuk nak bagi kereta pengguna terus jalan tanpa menolong dengan betul, tindakan ini akan mejahatnamkan kereta pengguna. Saya berpendapat pihak PLUS telah memberi satu kursus senggara kereta asas kepada kakitangan mereka (Peronda PLUS). Sekiranya mereka tidak tahu hal-hal senggaraan kereta maka mereka tidak layak jadi Peronda PLUS.
Ataupun mungkin Peronda PLUS telah bersubahat dengan golongan tertentu untuk mendapatkan Side Income dengan sengaja merosakkan kereta pengguna Highway supaya lagi teruk kerana ada komisen. Saya tidak pasti kesahihannya. Tetapi kawan-kawan saya juga ada sebut perkara ini. Jadi kita sebagai pengguna herus berhati-hati. Jangan percaya habis kepada Peronda Plus.
Pada pendapat saya Peronda PLUS seharusnya memberi perkhidmatan yang lebih profesional lagi.
- Mereka mempunyai kemahiran teknikal ASAS untuk senggara kenderaan untuk mencari punca masalah.
- Mampu memberi khidmat nasihat untuk pengguna menyelesaikan masalah.
- Mampu memberi pertolongan kepada pengguna dengan ikhlas.
No comments:
Post a Comment