Nov 17, 2008

Pengalaman Saya Di Highway PLUS

Saya menggunakan highway PLUS setiap hari berulang alik dari Shah Alam dan Tanjung Malim. Pada 11 Nov 2008 di antara pukul 7 pg hingga 8 pg kereta saya suhu meningkat mendadak sehingga skil meter penuh dekat kawasan nak sampai tol bukit tagar. Saya terus berhenti keta di tepi jalan.

Kemudian saya terus call tanya kawan saya. Kawan saya nasihat, biar enjin sejuk dahulu. Lepas tu baru tambah air dalam tangki air. Semasa menunggu enjin sejuk, PLUS Peronda pun sampai. Dalam hati dah lega ada orang tolong. Dua orang Peronda PLUS turun dari keta dan tanya pada saya apa masalah, saya jawab soalan mereka. Dua Peronda PLUS tu buka radiator keta saya dan terus tambah air ke dalam. Tapi saya tak pasti sama ada mereka sengaja atau betul-betul tak tau mengenai tindakan tersebut.Tindakan dua Peronda itu memang salah sebenarnya, telah menjahatnamkan lagi enjin kereta.

Bila air penuh Peronda PLUS tuh suruh saya start keta. Bila enjin hidup Peronda itu suruh saya tengok meter suhu. Mereka tanya saya suhu ada turun tak? Saya jawab ya turun. Kemudian Peronda tuh suruh saya jalan. (Senang betul kerja, mereka suruh saya macam halau tak nak bagi saya berhenti lama2 kat situ.)

Saya pun terus memandu kereta ke Tanjung Malim. Sampai di antara Lembah Beringin dan Tanjung Malim suhu enjin kereta saya naik lagi. Saya berhenti di tepi jalan lagi eloknya tempat selekoh yang kerap berlaku kemalangan. Nasib baik Peronda ikut belakang. Bila saya berhenti, mereka pun sampai. Seperti biasa mereka turun dari keta dan tanya saya ada air lagi tak dalam keta. Saya jawab ada. Mereka kata nak pegi tempat lain ada kes dan suruh saya isi air dalam radiator kemudian jalan. Selepas itu mereka pun terus pergi.

Saya pun buka bonet dan tengok radiator, dapati ada air menitik dari bawah. (sure radiator telah bocor). Kemudian saya duk sekejap, sampai kereta ulat kat highway. Dia turun tanya saya. Saya bagitau dia perlu tow servis ke woksyop. Lawaknya dia kata tunggu jap dia nak call lori tow. Saya kata keta dia pun boleh tow. Dia baru ingat ada tali dalam keta. (lawak betul). Dia pun tarik kereta saya ke bengkel yang dia kenal katanya. (woksyop yang dah ada kepentingan). Saya yang tak cerdik masa tuh.

Sampai ke HAKIM WOKSYOP di Hulu Bernam dekat Tanjung Malim sebelah pam minyak Esso setentang pam minyak Shell. Tunggu mekanik sampai. Mekanik sampai dia suruh saya start enjin sambil dia tengok air dalam radiator. Dia kata mungkin gasket rosak kena buka enjin tengok. Saya tanya berapa habis dia kata dalam RM300-400. (sebenarnya itu adalah umpan nak senangkan hati). Saya pun suruh dia buka enjin nak cek. Tunggu lama jugak buka enjin nak tengok gasket dan head blok. Bila dah buka head, si mekanik tunjukkan keadaan head dan blok enjin. Dia kata head bengkok dan gasket rosak.

Jai bawa saya ke bilik untuk buat quotation. Banyak dia citer apa kena baiki. Jumlah quotation RM2200. Saya pun balik naik bas dengan hati tak senang. Saya ambik cuti pada hari tersebut dan keesokan hari. Petang hari tuh saya call Jai dia kata ada tambah lagi 2-3 barang. Keesokan hari semasa dalam perjalanan pergi ambik kereta mekanik call bagi tahu harga baiki jadi RM3000 dia kata nanti bagi diskaun. Terkejut saya.

Sampai di Hakim Woksyop mekanik pun bagi diskaun lah RM300 jadi saya kena bayar kat dia RM2700 semua. Setelah selesai, esoknya saya berjumpa dengan kawan saya yang tahu hal-hal automotif ini MEMANG SAH SAYA TELAH DITIPU DENGAN WOKSYOP TERSEBUT. BAB KATA KAWAN SAYA KO KENA SEMBELIH..............